Xi: Terap Konsep Pembangunan Baharu, Maju Timur Laut

2020-07-25 15:42:13  CRI
Share with:

Xi:Terap Konsep Pembangunan Baharu, Maju Timur Laut_fororder_1126282253_15955895554271n

Presiden Xi Jinping menegaskan perlunya pelaksanaan strategi kebangkitan bahagian timur laut China diperkasakan dengan berpegang pada konsep pembangunan baharu, semasa mengadakan tinjauan di provinsi Jilin bermula Rabu hingga Jumaat lalu.

Agenda beliau dimulakan dengan kunjungan mesra ke kaunti Lishu yang terletak di tengah-tengah Dataran Songliao, salah sebuah kawasan penanaman bahan makanan utama di China.

 

Xi:Terap Konsep Pembangunan Baharu, Maju Timur Laut_fororder_1126282253_15955895557871n

Selepas turun padang melihat sendiri tanaman di tanah hitam, beliau mengingatkan kerajaan tempatan supaya terus melindungi tanah hitam dengan baik dan memanfaatkan keunikan bentuk bumi sendiri, hingga memperoleh hasil pertanian yang lumayan.

 

Xi:Terap Konsep Pembangunan Baharu, Maju Timur Laut_fororder_1126282253_15955895563431n

Semasa meninjau pusat perkhidmatan awam di komuniti Taman Changshan dan maktab latihan pemimpin peringkat komuniti di bandar Changchun, beliau menegaskan peri pentingnya peranan badan kerajaan asas dalam sistem tadbir urus.

 

Xi:Terap Konsep Pembangunan Baharu, Maju Timur Laut_fororder_1126282253_15955895561611n

Beliau menuntut supaya pembangunan kawasan komuniti diperkasakan melalui pengurusan yang lebih cekap dan tadbir urus inovatif di bawah pimpinan parti.

 

Xi:Terap Konsep Pembangunan Baharu, Maju Timur Laut_fororder_1126282253_15955895566071n

Presiden Xi dalam lawatan itu juga meluangkan masa untuk mengunjungi institut penyelidikan dan pembangunan (R&D) pengeluar automotif Kumpulan FAW.

Kumpulan FAW yang merupakan tempat bermulanya industri automobil Republik Rakyat China, giat dalam membangunkan jenama ikonik sendiri.

Di institut R&D FAW, Xi berpeluang meninjau usaha penyelidikan teknologi automobil di sana dan melihat sendiri model baharu keluaran syarikat itu.

 

Xi:Terap Konsep Pembangunan Baharu, Maju Timur Laut_fororder_1126282253_15955895565301n

Semasa berinteraksi dengan graduan yang baru masuk kerja di FAW, Xi berkata, pengambilan pekerja kalangan graduan institusi pengajian tinggi mengalami impak akibat penularan wabak COVID-19 pada tahun ini. Namun pihak berkuasa telah berusaha sedaya upaya bagi membantu mengatasi masalah itu, dan memandang usaha tersebut sebagai titik berat bagi menjamin kesejahteraan rakyat.

张哲