Bilakah Politikus AS Pilih Ilmu Sains?

2020-07-26 15:02:52  CRI
Share with:

 

Sudah jemunya memandang modus operandi yang dilakukan pemimpin AS untuk mengambinghitamkan China dengan tuduhan bahawa negara ini tempat asalnya COVID-19. Presiden Donald Trump kerap kali menyebut koronavirus itu sebagai “virus China yang tidak nampak” atau “kung flu”, serta sengaja mengapi-apikan sentimen perkauman, yang turut mengundang kritikan hebat dari dalam dan masyarakat antarabangsa.

Penganalisis berpendapat, peningkatan semula kes jangkitan serta berlakunya pergaduhan antara kaum menyebabkan politikus AS berasa khuatir dan panik sehingga tergesa-gesa mencari kambing hitam untuk mengalihkan perhatian domestik dan mengaut laba politik.

Disebabkan kelemahan dan ketidakcekapan dalam mengendalikan wabak serta keterdesakan hendak melaksanakan pakej rangsangan ekonomi, beberapa negeri di AS mencatatkan kenaikan semula kes positif secara mendadak, hingga 1 juta kes baharu buat 15 hari. Dalam situasi kritikal  sebegini, sesetengah politikus memainkan semula modus operandi mereka menyasarkan China.

Mentaliti Perang Dingin serta prejudis ideologi segelintir politikus AS dilihat sebagai penghalang utama kepada hubungan antara Washington dengan Beijing. Mereka menyalah anggap arus pembangunan dunia dan kemajuan China serta hala tuju hubungan dua negara. Pandemik COVID-19 yang sepatutnya dijadikan peluang baharu kerjasama dua hala, disalahgunakan mereka untuk mengganggu pembangunan China.

Dalam senario AS merekodkan lebih 140,000 kematian akibat COVID-19, politikus tetap menutup mata kepada realiti bahawa tragedi sedang berlaku dengan semakin banyak nyawa melayang. Kedegilan mencari kambing hitam memperlihatkan keengganan mereka memilih ilmu sains untuk melawan wabak. Niat sebenar hanyalah untuk mengejar kepentingan peribadi dan mengalihkan perhatian orang ramai terhadap kelalaian mereka.

董筱娉