Xi: AIIB, Platform Baharu Pembangunan Bersama dan Komuniti Berkongsi Nasib Sesama Insan

2020-07-28 18:33:22  CRI
Share with:

Presiden China, Xi Jinping telah menyampaikan ucapan dalam majlis perasmian Sidang Tahunan Majlis Pengurus Ke-5 Bank Investasi Infrastruktur Asia (AIIB ) secara telesidang hari ini. Presiden Xi mengucapkan tahniah kepada sidang itu dan memberi penilaian positif terhadap perkembangan AIIB.

Beliau menyatakan bahawa AIIB harus menjadi platform baharu bagi menggalakkan pembangunan bersama-sama para anggota dan mendorong pembentukan komuniti berkongsi nasib sesama insan. Para anggota dikehendaki memfokuskan pembangunan bersama, bersemangat inovatif dalam melakukan praktis dan mengekalkan keterbukaan serta keinklusifan, berusaha membangunkan AIIB sebagai bank pembangunan multilateral baharu yang mampu mendorong pembangunan bersama-sama di peringkat global, platform pembangunan dan praktis yang selaras dengan arus zaman, agensi kerjasama antarabangsa model baharu yang berprofil tinggi dan teladan baharu bagi kerjasama multilateral antarabangsa.

China yang sentiasa menyokong dan melaksanakan multilateralisme, sudi berdasarkan semangat terbuka, kerjasama dan menang-menang bersama-sama dengan para anggota AIIB menyokong serta bersungguh-sungguh mengelolakan AIIB, dan memberikan sumbangan yang lebih besar kepada masyarakat antarabangsa dalam mengatasi risiko dan menyahut cabaran demi pembangunan bersama-sama. 

曹捷