Xi Berucap pada Telesidang AIIB

2020-07-29 13:06:14  CRI
Share with:

Xi Berucap pada Telesidang AIIB_fororder_1126296194_15959316508331n

Presiden China, Xi Jinping telah menyampaikan ucapan pada perasmian Sidang Tahunan ke-5 Lembaga Gabenor Bank Pelaburan Infrastruktur Asia (AIIB) yang diadakan secara telesidang semalam.

Beliau mengucapkan tahniah atas penganjuran sidang itu, serta memberi penilaian positif terhadap perkembangan AIIB.

Katanya, AIIB harus menjadi platform baharu bagi menggalakkan pembangunan bersama para anggota dan mendorong pembentukan sebuah komuniti berkongsi nasib sesama insan.

Mengenang kembali tempoh empat tahun sejak AIIB mula beroperasi, Xi menyatakan pertubuhan yang asalnya dianggotai 57 pengasas kini menyaksikan angka tersebut meningkat kepada 102 anggota dari enam benua. Pertambahan anggota serta kualiti kerjasama yang makin meningkat memaparkan imej baharu bank pembangunan multilateral yang profesional, efisien dan jujur.

Xi turut mengemukakan empat cadangan mengenai pembangunan AIIB pada masa depan. Katanya, para anggota dikehendaki memfokuskan pembangunan bersama, memajukan AIIB sebagai bank pembangunan multilateral baharu yang mampu mendorong pembangunan bersama di peringkat global serta menyediakan lebih banyak pelaburan infrastruktur yang berkualiti, berkos rendah dan berterusan.

AIIB diharap menginovasikan konsep pembangunan, model urus niaga dan tadbir urus agensi supaya berkembang menjadi platform pembangunan dan praktik yang selaras dengan arus zaman. Standard dan kualiti tinggi harus dikekalkan agar AIIB dapat melahirkan amalan terbaik bagi kerjasama antarabangsa, dan menjadi teladan baharu yang bersifat terbuka dan inklusif.

Pada akhirnya, Xi menekankan bahawa China yang sentiasa menegakkan multilateralisme, mahu membangun bersama-sama semua negara lain dengan semangat terbuka, bekerjasama dan saling untung.

China akan terus bersama-sama para anggota lain menyokong dan mengelolakan AIIB dengan baik, di samping memberikan sumbangan lebih besar kepada masyarakat antarabangsa dalam menghadapi risiko dan cabaran demi pembangunan bersama.

曹捷