Niat Putuskan Hubungan Mustahil Berjaya

2020-07-31 12:47:11  CRI
Share with:

Niat politikus Amerika Syarikat (AS) untuk memaksa perusahaan domestik berhenti berurus niaga dengan China mustahil berjaya kerana sepanjang 40 tahun sejak ikatan diplomatik dijalin, kedua-dua pihak sama mendapat untung daripada kegiatan ekonomi dan perdagangan bilateral, biar apapun dakwaan oleh Washington.

Sewaktu berucap di Perpustakaan Presiden Richard Nixon baru-baru ini, Setiausaha Negara Mike Pompeo menuduh China mengenakan paksaan terhadap perusahaan AS, malah dia mendakwa syarikat yang berniaga dengan China mahu “mengampu parti pemerintah China” sehingga mengakibatkan “AS dirompak oleh China”.

Jika diteliti contoh-contoh yang diberi Pompeo, dia pernah memetik ucapan penasihat keselamatan negara, Robert O’Brien bahawa “Marriot, American Airlines, Delta Airlines dan United Airlines telah memadamkan perkataan ‘Taiwan’ dari laman sesawang mereka supaya tidak mengundang kemarahan Beijing.”

Taiwan ialah wilayah China, dan tindakan syarikat-syarikat yang mengatur Taiwan seiring dengan China jelas membelakangi prinsip “satu China”. Seperti yang diujar jurucakap American Airlines, penerbangan suatu perniagaan global yang perlu mematuhi peraturan di negara-negara tempat beroperasi.

Andaikan hendak difahami sebabnya pengusaha AS sudi berurusan dengan China, lihat sahaja faedah yang diperoleh mereka daripada pasaran negara ini. Pada tahun-tahun kebelakangan, perusahaan AS mengaut jumlah jualan tahunan sebanyak USD700 bilion (RM3 trilion), dengan keuntungan melebihi USD50 bilion (RM212 bilion). Pada masa sama, barangan buatan China yang berkualiti pada harga berpatutan, membantu menambah baik kesejahteraan pengguna tempatan.

 Dapatan kumpulan pemikir AS Jun lalu menunjukkan pada tahun 2017, sebanyak 51.1% pembekal bagi jenama Apple ialah syarikat China, dan angka ini meningkat kepada 54.8% pada 2019. Menurut Data Jabatan Perdagangan AS pula, jumlah dagangan antara AS dengan China mencatat USD39.7 bilion (RM168.2 bilion) pada April lalu, meningkat hampir 43% berbanding bulan Mac. Perkembangan ini bermakna China kembali menjadi rakan dagang terbesar bagi AS.

Penganalisis menganggap kebergantungan AS terhadap pasaran dan produk China semakin bertambah, meskipun politikusnya berulang kali menggesa supaya memutuskan hubungan dengan China.

Daripada memaksa syarikat berundur dari China, hinggalah menyelar China dengan bermacam-macam tuduhan bukan-bukan, perbuatan mereka seperti Pompeo itu melanggar hukum ekonomi, bertentangan dengan hasrat syarikat, lari dari arus sezaman, dan wajar dihentam tamparan realiti.

曹捷