Xi Pengerusi Forum dengan Tokoh Bukan PKC

2020-07-31 12:32:55  CRI
Share with:

Satu forum melibatkan tokoh-tokoh bukan kalangan anggota Parti Komunis China (PKC) telah diadakan baru-baru ini, dipengerusikan oleh Setiausaha Agung PKC, Xi Jinping.

 

Xi menekankan perlunya terus mendorong pembaharuan komprehensif secara lebih mendalam memandangkan situasi ekonomi semasa. Katanya, China memiliki tekad dan keyakinan teguh untuk menghadapi cabaran-cabaran mendatang, dan tiada pihak yang dapat menghalang China daripada mengorak langkah ke arah merealisasikan kebangkitan nusa dan bangsa.

 

Xi turut mendengar cadangan dan saranan berhubung situasi ekonomi dan kerja-kerja berkaitan bagi separuh kedua tahun ini, yang dikemukakan wakil pelbagai parti lain, pegawai Persekutuan Industri dan Perniagaan Seluruh China (ACFIC) serta tokoh-tokoh bukan PKC.

张宪