Rencana khas Hari Peringatan Penubuhan PLA: Wajahmu Tersemat di Hati

2020-07-31 15:07:29  CRI
Share with:

Di China, Tentera Pembebasan Rakyat (PLA) dipanggil dengan beberapa gelaran seperti “orang yang paling disayangi”, “tentera anak rakyat” dan “Tembok Besar Besi”. Tidak kisah sama ada dalam peperangan membela negara, menjaga kawasan sempadan, menyelamatkan bencana atau yang terkini operasi memerangi pandemik COVID-19, mereka tetap menjadi tonggak terkuat untuk membela kesejahteraan rakyat.

Di luar negara, PLA menjalankan tugas pengaman di tujuh kawasan yang ditetapkan oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dan pasukan ini menjadi tenaga kuat untuk menjaga keamanan dunia.

Mereka ialah PLA.

Tertubuhnya mereka pada 1 Ogos 1927 Hari ini hari ulang tahun mereka.

Rencana khas Hari Peringatan Penubuhan PLA: Wajahmu Tersemat Dihati_fororder_a

Perbarisan tentera sempena sambutan ulang tahun ke-90 tertubuhnya PLA diadakan di Pangkalan Latihan Zhurihe pada 30 Julai 2017.

Rencana khas Hari Peringatan Penubuhan PLA: Wajahmu Tersemat Dihati_fororder_b

Ketika perbarisan tentera menyambut ulang tahun ke-90 tertubuhnya PLA, askar yang dilengkapi senjata menaiki kereta perisai dan merentasi pentas utama.

Rencana khas Hari Peringatan Penubuhan PLA: Wajahmu Tersemat Dihati_fororder_c

Doktor Chen Ying, Naib Ketua Bahagian Ginekologi Hospital Tentera Bahagian Tengah China dan rakan-rakannya bertungkus lumus merawat seorang wanita hamil yang dijangkiti virus COVID-19 selama 14 hari. Usaha gigih mereka menyaksikan kejayaan apabila bayi itu dilahirkan dengan selamat dan tidak dijangkiti virus.

Rencana khas Hari Peringatan Penubuhan PLA: Wajahmu Tersemat Dihati_fororder_d

Chen Wei, ahli Akademi Kejuruteraan China merupakan pakar bidang epidemiologi mikrobiologi dan juga seorang jeneral wanita. Pada tahun 2020, beliau mengetuai pasukan penyelidikan menghasilkan vaksin COVID-19 dikombinasikan. Vaksin tersebut diluluskan dalam penilaian pendaftaran klinikal dan memasuki fasa ujian klinikal. Ini memberikan harapan kepada rakyat untuk memerangi wabak tersebut.

Rencana khas Hari Peringatan Penubuhan PLA: Wajahmu Tersemat Dihati_fororder_e

Kawasan selatan China mengalami bencana banjir akibat penurunan hujan secara berterusan到 pada Julai lalu. Lebih 33 ribu orang tentera, polis bersenjata dan militia berganding bahu dan bertungkus lumus menyelamatkan bencana serta menjaga keselamatan nyawa dan harta rakyat.

Sejak tahun 1990, China telah menghantar lebih 40 ribu orang tentera menyertai operasi pengaman Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB). China menjadi negara yang menyediakan pasukan pengaman dan dana terbesar bagi operasi pengaman PBB. Dalam tempoh 30 tahun yang lalu, pasukan pengaman China membina dan membaik pulih lebuh raya sepanjang kira-kira 15 ribu kilometer dan lebih 300 buah jambatan, mengesan lebih 10 ribu buah periuk api dan bahan letupan serta menghantar pelbagai jenis kelengkapan seberat lebih 1.3 juta tan.

Rencana khas Hari Peringatan Penubuhan PLA: Wajahmu Tersemat Dihati_fororder_f

Di Hospital Persahabatan China-Sierra Leone, doktor tentera China menghantar sampel virus Ebola dalam persekitaran yang sungguh berbahaya.

Rencana khas Hari Peringatan Penubuhan PLA: Wajahmu Tersemat Dihati_fororder_g

Pada 29 Mei 2014, Naib Setiausaha Agung PBB, Eliasson menyampaikan pingat kepada pasukan pengaman China dalam aktiviti peringatan pasukan pengaman antarabangsa yang diadakan di ibu pejabat PBB.

China tetap pembina kedamaian dunia, penyumbang pembangunan sejagat dan pemelihara order antarabangsa. Pasukan tentera China tetap menjadi tenaga kuat untuk memelihara kedamaian dunia. Tentera China akan terus aktif menjalankan kerjasama ketenteraan antarabangsa seperti yang terdahulu, bersama-sama menghadapi cabaran keselamatan global, menjalankan dengan aktif tanggungjawab dan kewajiban yang sewajar dengan kedudukannya serta dengan aktif memberikan sumbangan bagi pembinaan komuniti berkongsi nasib.

徐国玮