PLA Dorong Kerjasama Antarabangsa

2020-08-01 13:40:02  CRI
Share with:

1 Ogos ialah hari ulang tahun ke-93 Tentera Pembebasan Rakyat China (PLA) yang sejak sekian lama menaati konsep pembentukan komuniti berkongsi nasib sesama insan dan melaksanakan tanggungjawab antarabangsa. Sebagai angkatan tentera dari negara besar, PLA giat mendorong kerjasama ketenteraan antarabangsa pada zaman baharu yang dilihat menyumbang kepada kedamaian dan keamanan dunia.

Sejak wabak COVID-19 tercetus di seluruh dunia, PLA telah mengadakan kerjasama dengan badan keselamatan dan pasukan tentera dari pelbagai negara untuk memerangi wabak. PLA menghantar pasukan pakar perubatan ke Laos dan Kemboja, memberi bantuan barang pencegahan dan kawalan wabak kepada pasukan tentera dari Pakistan, Rusia dan Thailand di samping mengadakan telesidang untuk berkongsi pengalaman memerangi wabak dengan pasukan tentera Malaysia, Indonesia, Rusia, Pakistan, Thailand, Afrika Selatan dan Ukraine.

Sempena sambutan ulang tahun PLA, Setiausaha Tetap Kementerian Pertahanan Kemboja, Leftenan Jeneral Neang Phat dalam wawancara telah mengucapkan terima kasih kepada pasukan tentera China atas sumbangan yang dibuatnya dalam memerangi wabak COVID-19 di Kemboja.

Sejak menghantar ahli pemerhati ketenteraan ke pertubuhan pemantauan gencatan senjata PBB pada 1990, pasukan tentera China telah menghantar lebih 40 ribu ahli ketenteraan untuk mengambil bahagian dalam lebih 20 acara  pasukan pengaman PBB.

Jurucakap penerangan Kementerian Pertahanan China, Ren Guoqiang menegaskan, China akan terus memberi sumbangan yang lebih besar bagi melindungi keamanan sedunia dan kestabilan serantau pada masa hadapan.

张宪