Skuad Kejuruteraan China Dianugerahi “Pingat Penghormatan Keamanan” di Darfur

2020-08-01 14:33:41  CRI
Share with:

225 orang askar dari skuad kejuruteraan pasukan pengaman kumpulan ke-15 yang dihantar China bertugas di Darfur kelmarin telah dianugerahi “pingat penghormatan keamanan” oleh PBB sementara mendapat sanjungan daripada Delegasi Khas Bersama PBB dan Liga Afrika di Darfur (UNAMID).

Menurut maklumat dari  Li Meng, ketua skuad kejuruteraan pasukan pengaman China, dalam tempoh tugas selama 20 bulan, skuadnya telah menyelesaikan pembinaan infrastruktur pangkalan pertempuran sementara UNAMID di Golo, pembersihan 10 tapak perkhemahan dan projek penaiktarafan tapak perkhemahan Al Fashir.

China mula menghantar skuad kejuruteraan ke Darfur, Sudan sejak tahun 2007 untuk ditugaskan membina jalan, kemudahan pertahanan tapak perkhemahan dan lapangan terbang.

 

张宪