Pompeo yang Gila-gilaan Terus Memfitnah Syarikat China

2020-08-01 14:22:43  CRI
Share with:

Pompeo yang Gila-gilaan Terus Memfitnah Syarikat China_fororder_2052343556

Baru-baru ini, Setiausaha Negara Amerika Syarikat (AS) sekali lagi memfitnah Syarikat Huawei merupakan “ancaman keselamatan bagi negara AS”, malah memfitnah syarikat China beroperasi 'tanpa mengejar keuntungan'.

Para politikus AS panik akan perkembangan syarikat China berkenaan termasuk Huawei bahkan mengambil langkah sekatan berdasarkan tuduhan yang direka-reka, adalah kerana mereka tidak dapat menerima syarikat sains dan teknologi China yang unggul dalam bidang-bidang tertentu termasuk teknologi telekomunikasi 5G.

Dalam sebuah sidang Kongres AS untuk mendengar penerangan dan penjelasan bukti yang diadakan pada 29 Julai lalu, ketua pegawai eksekutif (CEO) daripada tiga syarikat gergasi sains dan teknologi AS, iaitu Apple, Googel dan Amazon ketika ditanya sama ada China mencuri teknologi daripada syarikat AS,  mereka kesemuanya menafikan tuduhan itu kerana memang  tiada apa yang disebut 'bukti' itu.

Pompeo yang Gila-gilaan Terus Memfitnah Syarikat China_fororder_299000926

Pada beberapa tahun lalu, syarikat China telah menjalankan kerjasama dengan pihak AS berdasarkan peraturan pasaran, yang turut menggalakkan pertumbuhan ekonomi dan pertambahan peluang pekerjaan AS. Namun, para politikus AS yang selalu meletakkan pelbagai halangan terhadap syarikat China telah mengakhibatkan pelaburan China terhadap AS menjunam. Pakar Isu Perdagangan dengan China daripada Pusat Penyelidikan Strategi dan Isu Antarabangsa AS, Scott Kennedy menyatakan, memutuskan hubungan dengan China adalah langkah salah bagi ekonomi AS, yang akan menjejaskan keselamatan negaranya.

Keterbukaan dan kerjasama adalah arus zaman. Namun politikus AS memilih membelakangi arus ini dengan menyekat perkembangan negara lain. Pedang yang dilelakannya pasti akan makan tuannya.

曹捷