Tentera China, Tenaga Teguh Bela Rakyat dan Pelihara Kedamaian

2020-08-02 15:42:18  CRI
Share with:

1 Ogos tahun ini hari peringatan ulang tahun ke-93 Tentera Pembebasan Rakyat China (PLA).

Dalam tempoh 93 tahun lalu, tentera China berkembang menjadi pembela kuat bagi rakyat tanpa melupakan misi asalnya. Pada awal tahun ini, iaitu selepas tercetusnya wabak COVID-19, tentera China telah mengerahkan tenaga perubatan yang paling kuat ke bandar Wuhan yang turut ditugaskan menjadi kumpulan pejuang di barisan depan. Pada musim panas ini, sebahagian tempat di selatan China telah dilanda banjir akibat hujan lebat yang berlarutan. Tentera China sekali lagi memikul tanggungjawab dalam misi menyelamat.

Tentera China juga merupakan tenaga yang teguh dalam memelihara kedamaian dunia. Sejak Republik Rakyat China ditubuhkan pada 71 tahun yang lalu, China sentiasa mengamalkan dasar bersifat defensif dan tidak pernah mencetuskan apa pun perang atau konflik bersenjata dengan negara lain, tidak pernah mencerobohi sebarang negara, dan tidak pernah menduduki wilayah negara lain walau seinci pun.

Tahun ini ulang tahun ke-30 bermulanya tentera China menyertai misi pasukan pengaman Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB). Setakat ini China telah menyertai 26 acara tindakan pasukan pengaman PBB dengan menghantar lebih 40 ribu anggota tentera, dan lebih 10 orang daripadanya terkorban untuk usaha kedamaian dunia. Selain itu, tentera China telah menghantar armada kapal peronda sebanyak 35 kali untuk menjalankan misi penjagaan pelayaran di kawasan perairan Teluk Aden dalam tempoh 12 tahun yang lalu.

Selepas wabak Ebora yang tercetus di negara-negara Afrika Barat pada tahun 2014, tentera China telah menghantar enam kumpulan perubatan ke Sierra Leone dan Liberia yang menderita penularan wabak yang amat serius. Mereka berjaya menjalankan misi bantuan perubatan yang skopnya paling besar bagi PLA sejak Republik Rakyat China ditubuhkan sehingga diiktiraf mampu memainkan peranan yang penting dalam bantuan kemanusiaan di arena antarabangsa. 

Dengan adanya fakta-fakta tersebut, fitnahan Setiausaha Negara Amerika Syarikat (AS), Mike Pompeo tentang tentera China adalah “alat kerajaan untuk mengawal dunia” dan “tidak membela rakyat”kelihatan sama sekali tidak masuk akal dan memang tidak perlu diambil kira. 

曹捷