Filipina Perhebat Langkah Bendung Wabak

2020-08-03 14:49:11  CRI
Share with:

Filipina akan memperhebat langkah membendung wabak COVID-19 termasuk meletakkan lima wilayah termasuk Metro Manila dalam status Kuarantin Komuniti yang Dipertingkatkan (ECQ) bermula 4 hingga 18 Ogos ini.

Keputusan tersebut dicapai Presiden Rodrigo Duterte ketika bermesyuarat dengan kumpulan kerja kerajaan bagi melawan wabak COVID-19 malam tadi.

Pada hari-hari kebelakangan ini, jumlah kes positif harian di Filipina terus-menerus memecahkan rekod. Situasi pencegahan dan kawalan wabak kekal mencabar, dengan Metro Manila lokasi yang paling terus terjejas.

Setiausaha Kesihatan, Eduardo Duque dalam mesyuarat sama berkata, kabinet telah mengemukakan tujuh cadangan bagi menjawab rayuan ahli perubatan, termasuklah menaiktarafkan langkah kuarantin di Metro Manila dan kawasan sekitarnya, menambah bilangan kakitangan, menyediakan subsidi serta perkhidmatan pengangkutan dan penginapan yang percuma kepada mereka yang bertugas.

Presiden Duterte turut menegaskan peri pentingnya peranan ahli perubatan dalam kempen memerangi wabak. Isterinya yang berkhidmat sebagai jururawat, menyertai perjuangan di barisan terdepan secara sukarela.

Katanya, pihak berkuasa akan melakukan segala usaha yang perlu untuk mengatasi kesulitan pada masa ini. 

徐国玮