Pesta TV Shanghai Ke-26 Buka Tirai

2020-08-04 14:19:04  CRI
Share with:

Pesta Televisyen Shanghai ke-26 anjuran Jabatan Pentadbiran Am Radio dan Televisyen Negara bersama Kumpulan Media China (CMG) dan kerajaan bandar Shanghai dirasmikan semalam.

Forum pembukaan tahun ini yang bertemakan 'seiringan ke arah hidup kaya, mencatat suatu era baharu' menarik penyertaan petugas dari stesen televisyen, platform siber dan jabatan perfileman untuk membincangkan masa depan industri televisyen.

Pesta televisyen tahun ini mengumpulkan lebih 800 program televisyen dari 48 negara, dan buat kali pertamanya menyusun atur cara melalui platform berbeza seperti ruang beli-belah terbuka, memberi kemudahan kepada penonton untuk menikmati karya unggul dari dalam dan luar negara.

Pemenang Anugerah Bai Yu Lan yang menjadi perhatian ramai akan diumumkan dalam majlis penyampaian anugerah pada malam 7 Ogos.

胡星