BDS Untungkan Syarikat Serata Dunia

2020-08-04 15:28:12  CRI
Share with:

 

Syarikat di serata dunia kini boleh mengakses dengan mudah fungsi dan khidmat yang ditawarkan Sistem Satelit Navigasi Beidou (BDS) China, selepas dokumen kawalan antara muka (interface control document) membabitkan lima jenis khidmat dikeluarkan dalam laman sesawang BDS semalam.

Jurucakap BDS, Ran Chengqi dalam sidang media semalam memaklumkan, sistem berkenaan menawarkan tujuh jenis khidmat kepada pengguna, antaranya termasuk pemasaan navigasi penentu kedudukan, komunikasi pesanan pendek dan bantuan antarabangsa operasi mencari dan menyelamat (SAR).

董筱娉