Cip Sistem Beidou Capai Taraf Paling Maju

2020-08-04 14:14:04  CRI
Share with:

Cip Sistem Beidou Capai Taraf Paling Maju_fororder_beidou1

Cip berukuran 22 namometer untuk sistem navigasi satelit global, Beidou akan dikeluarkan secara besar-besaran tidak lama lagi dengan teknik pembuatan yang tercanggih.

Ketua Pengarah Pejabat Navigasi Satelit China, Ran Chengqi dalam sidang media semalam memaklumkan, terdahulu cip berukuran 28 namometer untuk sistem tersebut telah dihasilkan secara besar-besaran. Aplikasi Beidou kini boleh diguna pakai di kebanyakan telefon pintar.

Katanya, China berkeyakinan mampu menghasilkan cip navigasi satelit berkualiti tinggi dengan harga yang murah dan kehadiran syarikat China telah banyak menurunkan harga cip berkenaan, sehingga tidak sampai satu dolar Amerika sekeping.

董筱娉