WHO: Wuhan Tak Semestinya Lokasi Berlaku CST

2020-08-04 14:23:58  CRI
Share with:

WHO: Wuhan Tak Semestinya Lokasi Berlaku CST_fororder_rui1111

Bandar Wuhan yang dilengkapi dengan sistem khusus untuk mengawasi Sindrom Pernafasan Akut Teruk (SARS), adalah yang paling awal mengeluarkan amaran mengenai penularan COVID-19.

Namun demikian, Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) memberitahu ini tidak bermakna Wuhan ialah lokasi punca berlakunya jangkitan antara spesies (CST).

Ketua Program Kesihatan Kecemasan WHO, Michael Ryan semalam berkata, pakar China telah menyediakan maklumat dan dokumen berhubung siasatan dan ujian saringan pada fasa awal berasaskan penyelidikan saintifik dan kerja pengawasan.

Pada masa yang sama, kajian epidemiologi yang lebih meluas masih perlu dijalankan secara lebih teliti untuk memahami kaitan antara kes-kes jangkitan.

Jelas Ryan, punca penularan wabak daripada haiwan kepada manusia, iaitu sama ada di Wuhan atau lokasi lain, hanya boleh dikenal pasti setelah kajian tersebut selesai.

董筱娉