AS Digesa Tarik Balik Sekatan

2020-08-04 15:10:27  CRI
Share with:

Amerika Syarikat (AS) digesa menarik balik sekatan ke atas kor pengeluaran dan pembangunan Xinjiang serta dua pegawai berkenaan, yang diumumkannya pada 31 Julai.

Jurucakap Kementerian Luar China, Wang Wenbin dalam taklimat media di Beijing semalam menyatakan isu berkaitan Xinjiang bukanlah soal hak asasi manusia, etnik atau agama, sebaliknya bersangkut paut dengan masalah kekerasan, keganasan dan pemisahan.

Hal ehwal Xinjiang merupakan urusan dalam China, yang tidak boleh dicampuri AS. Kor pengeluaran dan pembangunan Xinjiang hidup bersama-sama penduduk pelbagai etnik tempatan secara harmoni dan tolong-menolong, dan telah membuat sumbangan penting bagi menggalakkan pembangunan wilayah berkenaan serta perpaduan bangsa, ketenteraman sosial dan pertahanan kawasan sempadan.

Katanya, tuduhan yang dibuat pihak AS khabar angin dan fitnah semata-mata. Kerajaan China dengan tegas melindungi kedaulatan, keselamatan dan kepentingan pembangunan negara, komited menghapuskan kekerasan, keganasan, pemisahan dan ekstremisme keagamaan, serta menentang sebarang campur tangan dari luar.

AS digesa menarik balik keputusannya yang salah dan berhenti membuat kenyataan dan tindakan yang menjejaskan kepentingan China, sekiranya tidak mahu langkah balas diambil terhadapnya. 

徐国玮