Saringan Wajib bagi Staf Eksekutif Presiden AS

2020-08-04 14:20:07  CRI
Share with:

Kakitangan pejabat eksekutif Presiden Amerika Syarikat (AS) diwajibkan menjalani saringan COVID-19 secara rawak bermula 3 Ogos, demikian menurut laporan media tempatan.

Seorang pegawai menyatakan usaha sedang dibuat untuk melindungi kesihatan dan keselamatan seluruh Rumah Putih, dan ujian asid nukleik telah dilakukan secara rawak terhadap kakitangan pejabat eksekutif presiden selama beberapa bulan. Sekarang, ujian tersebut adalah wajib, bukan lagi secara sukarela.

Pada minggu lepas, penasihat keselamatan negara Robert C. O'Brien didapati positif COVID-19. Kali terakhir beliau bertemu dengan Presiden Donald Trump masih belum dipastikan.

胡星