AS Tempatkan Lagi 1,000 Askar di Poland

2020-08-04 15:07:57  CRI
Share with:

Jabatan Pertahanan Amerika Syarikat (AS) atau Pentagon semalam mengumumkan pihaknya sudah selesai merundingkan perjanjian peningkatan kerjasama pertahanan dengan Poland. Menurut perjanjian itu, jumlah askar AS yang ditempatkan di Poland akan ditambah sebanyak kira-kira 1,000 orang.

Setiausaha Pertahanan AS, Mark Esper berkata perjanjian kali ini dan rancangan penempatan semula pasukan tentera di Jerman akan membantu meningkatkan kemampuan NATO serta daya pencegahan terhadap Rusia.

Pada beberapa tahun kebelakangan ini, kerjasama antara AS dengan Poland dalam bidang pertahanan kian erat. Terdahulu, Poland telah membeli sejumlah besar senjata canggih dari AS dan mengundang AS menempatkan garison tetap di negaranya.

Pada Jun lalu, Presiden Donald Trump mengatur pertemuan dengan rakan sejawatnya, Andrzej Duda. Trump ketika itu mengatakan Poland mahu jumlah askar AS yang ditempatkan di negaranya ditambah, dan Poland bersedia menanggung kos penempatan garison tersebut. Terdapat kemungkinan AS menempatkan pasukan yang diundur dari Jerman ke Poland.

徐国玮