Korban Segalanya Demi Nyawa Rakyat

2020-09-08 15:17:46  CRI
Share with:

China mengadakan majlis untuk memberi penghormatan tertinggi kepada tokoh-tokoh yang membuat sumbangan tidak ternilai dalam perjuangan melawan wabak COVID-19 di Dewan Besar Rakyat, Beijing pagi tadi.

Presiden Xi Jinping telah menganugerahkan pingat dan gelaran kehormat kepada tokoh-tokoh berkenaan, dan menyampaikan ucapan penting.

Korban Segalanya Demi Nyawa Rakyat_fororder_1126468834_15995741882101n

Beliau menyatakan, konsep nyawa diutamakan memperlihatkan tradisi mulia bangsa China yang sayang-menyayang serta nilai-nilai teras Parti Komunis China yang berpaksikan rakyat. Ketika berjuang melindungi keselamatan dan nyawa rakyat, segala usaha mesti dilakukan walau apapun pengorbanan yang perlu dibuat kerana tujuan asas Parti Komunis China adalah berkhidmat kepada rakyat dengan seluruh jiwa raga.

Sewaktu wabak COVID-19 mula-mula tercetus, kerajaan telah menutup bandar Wuhan dan provinsi Hubei bagi menjalankan kawalan paling ketat dalam sejarah. Keputusan seumpama memerlukan keberanian politik dan rasa tanggungjawab yang tegas terhadap sejarah.

曹捷