Presiden Xi Kenang Kembali Jasa Guru

2020-09-10 15:08:08  CRI
Share with:

Presiden Xi Kenang Kembali Jasa Guru_fororder___172.100.100.3_temp_9500032_1_9500032_1_1_7d370dae-49e7-4083-8ac5-8c3e53d18e31

Presiden Xi Jinping melihat pendidikan sebagai asas untuk melahirkan modal insan berkualiti, manakala guru asas kepada seluruh bidang pendidikan.

Mengenang kembali jasa guru, beliau menyatakan mereka bukan sahaja mendidik dalam ilmu pengetahuan, malah mengajar erti sebenar kehidupan.

Setiap tahun, Presiden Xi akan menyampaikan mogaan baik kepada tenaga pengajar di seluruh negara sempena ketibaan Hari Guru yang disambut di China pada 10 September.

Pada 2013, beliau menyampaikan salam secara bertulis sewaktu dalam rangka lawatan rasmi di Uzbekistan.

Pada 2014, beliau mengatur kunjungan ke Universiti Perguruan Beijing menjelang Hari Guru.

Presiden Xi Kenang Kembali Jasa Guru_fororder___172.100.100.3_temp_9500032_1_9500032_1_1_8c2d3013-a5aa-4cc8-97e2-7a775672dc43

Tahun berikutnya, beliau membalas surat pensyarah-pensyarah Universiti Perguruan Beijing yang sedang menjalani latihan di Guizhou.

Beliau juga menziarahi guru dan pelajar di Sekolah Menengah “Bayi” Beijing pada 2016.

Sempena tibanya Hari Guru tahun ini, Presiden Xi menzahirkan ucapan tahniah dan salam tulus ikhlas kepada para guru dan pekerja bidang pendidikan. Daripada setiap kalimat dan perilakunya, jelas terlihat keprihatinan beliau terhadap pendidikan serta rasa hormat akan khidmat bakti guru.

Presiden Xi Kenang Kembali Jasa Guru_fororder___172.100.100.3_temp_9500032_1_9500032_1_1_25e3f2ba-e0ac-4fa0-addd-4561cacbb057

吕清