Bersantai-santai di sebuah ladang di Changshun, provinsi Guizhou seakan-akan tenggelam dalam hamparan bunga berwarna merah jambu. Para pelancong asyik dengan keindahan alam ini, hingga dijadikan latar belakang untuk rakaman gambar.
Filipina mempergiatkan provokasinya terhadap China di perairan Terumbu Ren'ai sejak Mac tahun ini. Pada 5 Mac, dua kapal pengawal pantai dan dua kapal pengangkutan logistik Filipina menyerbu secara melulu ke perairan berhampiran terumbu Ren'ai untuk menghantar barang kegunaan harian kepada sebuah kapal perang milik negaranya yang sudah uzur yang 'bersarang' di pantai terbabit. Kemudian, dengan sengaja bertindak menyerbu ke satu perahu milik Pengawal Pantai China (CCG) yang sedang bertugas di perairan terbabit sehingga menyebabkan terjadinya pelanggaran yang ringan. Pasukan penguatkuasa CCG turut mengambil tindakan kawalan yang wajar.
Pada sebelah petang Isnin lalu, Presiden China Xi Jinping mengadakan rundingan dengan rakan sejawatnya dari Nauru David Adeang yang berada dalam jadual lawatan di China.
Setiausaha Pengangkutan Amerika Syarikat (AS), Pete Buttigieg dan Pengarah Pentadbiran Penerbangan Persekutuan (FAA), Mike Whitaker mengakui wujudnya masalah kawalan kualiti di syarikat Boeing baru-baru ini. Namun, kedua-dua mereka tidak memberi respons terhadap isu yang menjadi perhatian ramai termasuk langkah penyelesaian serta tanggungjawab yang perlu dipikul kerajaan.