Xi: Saintis China Pikul Tanggungjawab Sejarah

2020-09-12 14:34:51  CRI
Share with:

Xi:  Saintis China Pikul Tanggungjawab Sejarah_fororder_1126484169_15998360164931n

Presiden China, Xi Jinping melahirkan harapan agar para saintis dan penyelidik China memikul tanggungjawab terhadap sejarah tatkala mengembangkan sayap dalam penerokaan sains dan teknologi baharu.

Presiden Xi berkata demikian pada simposium saintis yang diadakan di Beijing semalam.

Menurut Xi, memandangkan perubahan persekitaran yang rumit dan drastik di dalam dan luar negeri, langkah inovasi sains dan teknologi perlu dipercepatkan bagi memenuhi keperluan pembangunan negara pasa masa depan.

Xi mahu melihat pelbagai pihak berkenaan mendorong penyelidikan terhadap teknologi yang sanggup menyelesaikan masalah dengan cekap dan membuat rancangan menjalankan penyelidikan strategik, membina sebahagian makmal peringkat negara bagi membentuk satu sistem makmal, memainkan peranan penting institusi pengajian tinggi dalam menyelidik teknologi kunci dalam sektor penting, memperincikan pembaharuan sistem sains dan teknologi, dan berinisiatif melibatkan diri dalam rangkaian inovasi sejagat supaya dapat meningkatkan keupayaan inovatif sepanjang pelaksanaan dasar pintu terbuka dan kerjasama dengan luar. 

Xi:  Saintis China Pikul Tanggungjawab Sejarah_fororder_1126484169_15998354013401n

吕清