Terowong Youyi Landasan Kereta Api China-Laos Siap

2020-09-14 14:50:46  CRI
Share with:

Terowong Youyi Landasan Kereta Api China-Laos Siap_fororder___172.100.100.3_temp_9500049_1_9500049_1_1_346552e7-0896-4091-8552-81c65a2bc234

Pembinaan terowong Youyi landasan kereta api China-Laos siap secara rasmi pagi semalam, selepas lebih 1,200 orang bekerja bertungkus lumus selama 1,543 hari.

Setakat ini, 97.5% terowong landasan kereta api itu di wilayah China telah siap, yang meletakkan asas yang baik bagi operasi landasan tersebut kelak.

Terowong Youyi yang terletak di kawasan sempadan antara China dengan Laos, merupakan satu-satunya terowong rentas sempadan bagi landasan kereta api tersebut.

Terowong Youyi Landasan Kereta Api China-Laos Siap_fororder___172.100.100.3_temp_9500049_1_9500049_1_1_3993a6aa-2793-4d6a-a024-abea14c5070e

Terowong terbabit sepanjang 9.59 kilometer, dengan 7.17 kilometer di wilayah China dan 2.42 kilometer lagi di wilayah Laos, dinamai "Youyi" yang bermaksud persahabatan bagi mencerminkan keakraban hubungan yang sekian lama terjalin antara kedua-dua negara.

Panjang keseluruhan landasan kereta api China-Laos melebihi 1,000 kilometer. Setelah beroperasi, penumpang boleh bertolak dari Kunming, ibu kota provinsi Yunnan pada waktu pagi dan tiba di Vientiane pada sebelah petang.

徐国玮