Dr Noor Hisham: Panduan, Peraturan Harus Dipatuhi

2020-09-14 14:46:44  CRI
Share with:

Dr Noor Hisham: Panduan, Peraturan Harus Dipatuhi_fororder_微信图片_20200914111449

Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah semalam berkata, terdapat pertambahan 36 kes baharu Covid-19 dicatatkan membabitkan tiga buah kluster semalam. Tiga kluster iaitu Kluster Benteng Lahad Datu (LD), Kluster Tawar dan Kluster Sungai semuanya melibatkan kakitangan yang berjuang di barisan terdepan termasuk petugas kesihatan.

Beliau mengingatkan petugas kesihatan menimba pengalaman dan mematuhi prosedur dengan lebih ketat ketika menjalankan tugas. Katanya, panduan dan peraturan yang telah ditetapkan harus dipatuhi oleh semua kakitangan yang bertugas di barisan terdepan.

Setakat pukul 12.00 tengah hari semalam, sebanyak 9,915 kes COVID-19 disahkan di Malaysia. Sebanyak 92.75% pesakit iaitu 9,196 orang telah sembuh seluruhnya.

徐国玮