Pertemuan Pemimpin China, Jerman, EU

2020-09-15 13:45:53  CRI
Share with:

Pertemuan Pemimpin China, Jerman, EU_fororder_1126493075_16001029316391n

Pertemuan pemimpin China, Jerman dan Kesatuan Eropah (EU) diadakan secara dalam talian semalam.

Presiden China, Xi Jinping, Canselor Jerman, Angela Merkel, Presiden Majlis Eropah, Charles Michel, dan Presiden Suruhanjaya Eropah, Ursula von der Leyen menghadiri pertemuan tersebut.

Pertemuan Pemimpin China, Jerman, EU_fororder_1126493075_16001029317891n

Hubungan antara China dengan EU dan hala tuju perkembangan selanjutnya menjadi tumpuan perbincangan.

Mereka dengan sebulat suara bersetuju untuk meningkatkan penyelarasan dan kerjasama serta rasa saling percaya demi manfaat bersama, di samping mempertahankan multilateralisme bagi menangani cabaran sejagat dan terus melonjakkan ikatan ke tahap lebih tinggi.

Pertemuan Pemimpin China, Jerman, EU_fororder_pertemuan1

Kedua-dua pihak turut menandatangani perjanjian berkaitan penanda geografi, dan bersepakat mempercepat rundingan perjanjian pelaburan dua hala agar dapat dimuktamadkan pada tahun ini. Sebuah dialog peringkat tinggi mengenai alam sekitar dan iklim akan diatur bagi membolehkan terjalinnya perkongsian hijau dan digital antara China dengan EU.

Dalam pertemuan itu, Presiden Xi telah menekankan empat perkara perlu dikekalkan iaitu hidup bersama secara damai, keterbukaan dan kerjasama, multilateralisme, serta dialog dan rundingan.

Beliau juga menjelaskan pendirian China mengenai isu-isu berkaitan Hong Kong dan Xinjiang yang pada terasnya membabitkan kedaulatan, keselamatan dan perpaduan negara. China membantah keras cubaan mana-mana pihak luar untuk mencetuskan ketidakstabilan, perpecahan dan kekacauan di negara ini.

Pertemuan Pemimpin China, Jerman, EU_fororder_pertemuan2

Ujarnya, tiada kesejagatan dalam jalan pembangunan hak asasi manusia. Beliau yakin Eropah mampu menyelesaikan isu hak asasi sendiri dengan baik, dan bersedia meningkatkan komunikasi dengan Eropah atas prinsip saling hormat.

胡星