Ekonomi China Pulih Stabil Ogos Lalu

2020-09-16 15:05:03  CRI
Share with:

Data yang diumumkan Biro Statistik Negara (NBS) China semalam menunjukkan pelbagai indeks ekonomi utama negara ini terus melantun kembali pada Ogos lalu. Kedinamikan pembangunan terus meningkat, sementara operasi ekonomi beransur-ansur pulih.

Menurut statistik, nilai tambah industri-industri melebihi standard pada Ogos lalu naik 5.6% berbanding tempoh yang sama tahun lalu, dan 0.8% lebih tinggi berbanding Julai lalu. Pada Januari hingga Ogos pula, nilai tambahan industri tersebut meningkat 0.4% berbanding tempoh yang sama tahun lalu.

Jurucakap NBS, Fu Linghui berkata kian banyak perubahan positif dilihat dalam operasi ekonomi China. Industri perkhidmatan berkembang dengan baik, pasaran pekerjaan dan harga barangan kekal stabil, manakala pertumbuhan dalam perdagangan luar dan pelaburan asing lebih baik daripada yang diunjurkan.

徐国玮