"Empat Perkara" Lonjakkan Hubungan China-EU

2020-09-16 13:29:28  CRI
Share with:

Presiden China, Xi Jinping menghadiri pertemuan secara dalam talian dengan Canselor Jerman, Angela Merkel serta Presiden Majlis Eropah, Charles Michel dan Presiden Suruhanjaya Eropah, Ursula von der Leyen pada 14 September.

Xi telah menekankan bahawa empat perkara perlu dikekalkan iaitu hidup bersama secara damai, keterbukaan dan kerjasama, multilateralisme, serta dialog dan rundingan. Beberapa hasil kerjasama pragmatik yang tercapai dalam pertemuan ini memberikan isyarat bahawa China dan Kesatuan Eropah (EU) komited mempertahankan multilateralisme dan perdagangan bebas, serta menjana pemulihan ekonomi global.

Tahun ini merupakan ulang tahun ke-45 hubungan diplomatik China dengan EU. Walaupun pandemik COVID-19 melanda dengan tiba-tiba, interaksi peringkat tinggi antara kedua-dua pihak tetap tidak terputus.

Empat perkara yang menjadi saranan Presiden Xi dalam pertemuan tersebut menjelaskan hala tuju perkembangan hubungan China-EU dari perspektif strategik pemimpin China. Usul beliau juga dipercayai akan membantu kedua-dua pihak mengetepikan gangguan dari luar, memfokuskan kepentingan bersama dan mengejar pembangunan bersama.

Pemimpin EU menyahut baik saranan tersebut, dan menzahrikan kesediaan untuk merapatkan kerjasama dengan China dalam rangka Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) dan Pertubuhan Perdagangan Dunia (WTO). Mereka juga mahu mengadakan dialog secara sama rata dan saling hormat dengan China mengenai isu hak asasi manusia bagi merungkai percanggahan pendapat dengan sebaik-baiknya.

"China mahukan kedamaian bukannya hegemoni, pembangunan China membawa peluang bukannya cabaran, dan China rakan kongsi bukannya pesaing"... inilah yang sentiasa menjadi pegangan bagi China dalam menetapkan hala tuju pembangunannya.

Ketika dunia ini berdepan perubahan yang tidak pernah disaksikan dalam seabad, China dan EU telah memperkasakan persefahaman dan rasa saling percaya menerusi dialog, sambil memperluas kepentingan bersama dalam kerjasama pragmatik, menyuntik tenaga positif kepada perjuangan sejagat melawan wabak, memulihkan ekonomi dan menjaga keadilan dunia.

覃淼