Pemulihan Ekonomi China Suntik Kedinamikan kepada Dunia

2020-09-16 13:59:51  CRI
Share with:

Ekonomi China kembali merekodkan prestasi baik, setelah mengatasi impak negatif ekoran pandemik COVID-19 dan bencana banjir pada bulan Ogos.

Data terkini Biro Statistik Negara (NBS) menunjukkan indeks utama terus meningkat dan kemampanan ekonomi makin pulih.

Jika dipandang dari aspek pengeluaran, pemulihan sektor perindustrian dan perkhidmatan terus dipercepat pada bulan Ogos, manakala kelajuan pertumbuhan industri pembuatan berteknologi tinggi melebihi kadar keseluruhan sektor perindustrian.

Dipandang dari segi permintaan pula, penggunaan dan pelaburan terus berkembang ke arah yang baik. Pada masa yang sama, peningkatan yang dicatatkan dalam perdagangan luar dan pelaburan asing melebihi jangkaan.

Difahamkan, statistik ekonomi terus menunjukkan trend pemulihan yang positif. Penganjuran tiga platform iaitu Canton Fair, Pameran Perdagangan Perkhidmatan Antarabangsa China (CIFTIS) dan Ekspo Import Antarabangsa China (CIIE) menyuntik keyakinan dan kedinamikan kepada ekonomi dunia.

Sempena CIFTIS yang diadakan baru-baru ini, China mengumumkan rancangan untuk membentuk dan mengoptimumkan sistem senarai negatif industri perkhidmatan rentas sempadan, melonggarkan akses pasaran industri perkhidmatan, yang akan membolehkan seluruh dunia berkongsi peluang yang ditawarkan pasaran raksasa negara ini.

Kesemua ini akan membantu memacu pembentukan pola pembangunan baharu China yang menggabungkan kitaran domestik dan antarabangsa, yang juga akan menjadi penggerak kepada pemulihan ekonomi dunia.

胡星