TikTok Kemuka Usul Baharu kepada AS

2020-09-16 14:01:11  CRI
Share with:

Syarikat TikTok kelmarin mengumumkan bahawa pihaknya telah mengemukakan satu usul baharu kepada kerajaan Amerika Syarikat (AS).

Syarikat Oracle (ORCL) pada hari sama memaklumkan mereka telah mencapai perjanjian dengan ByteDance, syarikat induk TikTok untuk menjadi pembekal teknologi bagi operasi aplikasi tersebut, namun perjanjian itu masih memerlukan kelulusan kerajaan AS.

Dalam satu temu ramah bersama media kelmarin, Setiausaha Perbendaharaan Steven Mnuchin menyatakan pihaknya telah menerima usul baharu itu iaitu ORCL sebagai rakan kongsi teknologi yang boleh dipercayai bagi TikTok, akan menyelesaikan masalah keselamatan negara bagi pihak kerajaan.

Butiran usul terbabit bagaimanapun belum didedahkan oleh mana-mana pihak. Jika diluluskan, ORCL akan menyediakan perkhidmatan awan yang tidak berkaitan dengan jualan atau pemindahan teknologi teras TikTok.

胡星