"Buruh Paksa" Fitnah Semata-mata

2020-09-16 14:59:17  CRI
Share with:

Pihak China membidas secara keras langkah terbaharu kerajaan Amerika Syarikat (AS) melarang pengimportan produk keluaran lima syarikat dan sebuah kilang di China kerana disyaki menggunakan buruh paksa.

Jurucakap Kementerian Luar, Wang Wenbin semalam menyatakan, tuduhan yang dibuat Jabatan Perlindungan Sempadan dan Kastam (CBP) AS itu fitnah semata-mata yang memutarbelitkan fakta.

Katanya, sekatan yang dikenakan AS terhadap syarikat China atas alasan bukan-bukan itu perbuatan membuli yang melanggar peraturan perdagangan antarabangsa serta memusnahkan rantai industri dan bekalan sejagat.

Pekerja etnik minoriti di wilayah Xinjiang sebahagian daripada golongan pekerja China yang jumlahnya begitu besar. Hak dan kepentingan mereka dilindungi oleh undang-undang, sedangkan kebebasan peribadi termasuk untuk mengamalkan adat resam, agama, bahasa dan tulisan sendiri juga diberi perlindungan sama.

Sesetengah pihak di AS mendakwa diri prihatian akan penduduk etnik minoriti di Xinjiang, namun bertindak sebaliknya dengan mengenakan pelbagai tindakan bagi menyekat syarikat di wilayah itu. Ini mendedahkan hipokrasi dan niat jahat mereka yang mahu mengekang kemajuan Xinjiang dan mencetuskan antagonisme antara pelbagai etnik di China.

徐国玮