Xi Ucap Tahniah Hari Kemerdekaan Papua New Guinea

2020-09-16 14:16:08  CRI
Share with:

Presiden China, Xi Jinping mengutus kawat tahniah kepada Gabenor Jeneral Papua New Guinea, Bob Dadae atas ulang tahun ke-45 kemerdekaan negara itu.

Xi menyatakan Papua New Guinea telah mengalami perkembangan pesat sejak mencapai kemerdekaan pada 1975, dan mewujudkan taraf hidup yang lebih baik untuk rakyat. China tumpang gembira melihat kemajuan yang begitu signifikan.

Katanya, ikatan antara China dan Papua New Guinea mengekalkan momentum yang sihat dan stabil sementara rasa saling percaya dalam politik terus meningkat. Tatkala kedua-dua negara berganding bahu melawan pandemik COVID-19, ikatan persahabatan sesama rakyat bertambah subur.

Tambah beliau lagi, China sentiasa mementingkan perkembangan hubungan dengan Papua New Guinea, dan bersedia bersama-sama memperluas kerjasama pragmatik melibatkan pelbagai bidang sekali gus membawa kemajuan lebih besar dalam perkongsian strategik komprehensif.

张哲