China Dapat Sokongan di PBB

2020-09-16 16:31:24  CRI
Share with:

China Dapat Sokongan di PBB_fororder_1600207381628_686_780x581

Banyak negara memberikan sokongan padu kepada China berhubung isu Hong Kong dan Xinjiang dalam mesyuarat ke-45 Majlis Hak Asasi Manusia PBB di Geneva, semalam.

Negara Amerika Latin, Venezuela menyuarakan bantahan terhadap amalan dwistandard serta cubaan mempolitikkan hak asasi manusia, selain menggesa supaya negara terbabit mematuhi Piagam PBB dan berhenti mencampuri urusan dalaman China dengan mengeksploitasi isu Hong Kong.

Venezuala juga memuji usaha gigih China dalam membanteras keganasan dan kegiatan ekstremis di wilayah Xinjiang, yang sejajar dengan strategi PBB berhubung antikeganasan.

Dalam pada itu, Burundi menyokong keputusan Beijing menggubal undang-undang keselamatan negara melibatkan Hong Kong.

Wakil dari Burundi menyatakan undang-undang tersebut bukan sahaja dapat memberi jaminan kepada polisi “satu negara, dua sistem”, malah juga bermanfaat bagi mewujudkan kemakmuran dan kestabilan yang berkekalan di Hong Kong.

Sementara itu, Burundi turut menyanjung tinggi tindakan tegas yang dilakukan China bagi membendung keganasan hingga ke akar umbi.

Dilaporkan, isu Hong Kong dan isu Xinjiang menjadi antara topik perdebatan umum sepanjang berlangsungnya mesyuarat tersebut.

张哲