Xi, Guterres Adakan Sidang Video

2020-09-24 11:25:28  CRI
Share with:

Xi, Guterres Adakan Sidang Video_fororder_1126532705_16008733780661n

China bersedia berkongsi segala pengalaman dan terus memberi bantuan kepada negara lain dalam usaha melawan wabak COVID-19.

Demikian dinyatakan Presiden China, Xi Jinping dalam pertemuan secara dalam talian dengan Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB), Antonio Guterres semalam.

Xi berkata bahawa China akan menunaikan janji untuk menjadikan vaksin COVID-19 sebagai produk awam global, supaya negara-negara membangun boleh mendapat akses dan mampu menanggung penggunaannya.

Beliau juga menyatakan komitmen China untuk memperkasakan pembangunan tamadun ekologi, dan bekerjasama dengan pelbagai negara dalam membangunkan Jalan Sutera yang mesra alam.

Tambah beliau, ketidaksesuaian dalam sistem tadbir urus global dilihat dengan lebih nyata ekoran penularan wabak COVID-19. Semua pihak perlu memikirkan bagaimana untuk memperbaiki sistem berkenaan, bukanlah meruntuhkannya dan membina satu lagi yang baharu. Di dunia ini hanya ada satu sistem, iaitu sistem antarabangsa yang berteraskan PBB.

Xi, Guterres Adakan Sidang Video_fororder_1126532705_16008733886171n

Guterres pula memberikan penghargaan terhadap peranan China dalam memelihara kedamaian dan menggalakkan pembangunan bersama dunia.

Di samping itu, beliau menyanjung tinggi saranan-saranan yang dikemukakan Presiden Xi dalam Perhimpunan Agung PBB berhubung usaha mempertahankan multilateralisme, menangani perubahan iklim dan mewujudkan pembangunan mampan.

张哲