Pendaftaran Media bagi CIIE Bermula

2020-09-25 13:56:04  CRI
Share with:

Ekspo Import Antarabangsa China (CIIE) ke-3 akan diadakan di Shanghai pada 5 hingga 10 November nanti.

Para wartawan boleh mendaftar melalui laman sesawang, aplikasi dan akaun Wechat CIIE bermula 24 September hingga 20 Oktober.

Atas pertimbangan keperluan pencegahan dan kawalan wabak COVID-19, ekspo kali ini terutamanya mengundang wartawan domestik dan asing yang berada di Tanah Besar China serta dari Hong Kong, Makau dan Taiwan.

Dimaklumkan, fungsi akaun CIIE dalam Wechat akan dioptimumkan bagi mempermudah pendaftaran itu dan menyediakan maklumat terkini tentang ekspo berkenaan.

董筱娉