China, Jepun Komited Perkasa Kerjasama

2020-09-26 13:35:27  CRI
Share with:

China bersedia bersama-sama kerajaan baharu Jepun mengembangkan hubungan dua hala yang selaras dengan era baharu dengan terus mempertingkat kesalingpercayaan politik, memperdalam kerjasama saling menguntungkan dan memperluas interaksi sosiobudaya.

Kenyataan itu dibuat oleh Presiden China, Xi Jinping dalam perbualan dengan Perdana Menteri Jepun, Yoshihide Suga menerusi telefon semalam.

Xi berkata, kerjasama ekonomi dan perdagangan China-Jepun menunjukkan kemuluran yang tinggi dan potensi yang besar dengan mengekalkan pertumbuhannya biarpun terkena tempias ekoran COVID-19. 

Demi mempertingkat lagi kualiti dan taraf kerjasama, kedua-dua pihak disarankan bergabung tenaga memastikan kelancaran rantaian perindustrian dan bekalan, di samping memelihara iklim perdagangan dan pelaburan yang adil dan terbuka.

Tambah beliau, kedua-dua negara harus berpegang pada konsep komuniti berkongsi nasib sesama insan, menggalakkan multilateralisme, mempertahankan sistem antarabangsa yang berteraskan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB), sambil memperkasakan koordinasi dan kerjasama bagi menangani pelbagai cabaran global.

Yoshihide Suga pula berkata, Jepun memandang hubungan dengan China sebagai salah satu hubungan dua hala paling penting baginya. Hubungan Jepun-China yang mapan  bukan sahaja selaras dengan kepentingan rakyat kedua-dua negara, malah penting bagi kedamaian dan kemakmuran dunia.

Beliau turut menyatakan komitmen untuk memperkukuh kerjasama ekonomi dan perdagangan, dan memperdalam interaksi sosiobudaya dengan China bagi membawa hubungan dua hala ini ke satu tahap baharu.

  

张哲