Pembangunan Pesat Automobil Tenaga Baharu di China

2020-09-30 12:38:59  CRI
Share with:

Pembangunan Pesat Automobil Tenaga Baharu di China_fororder_Kereta2

Pembangunan Pesat Automobil Tenaga Baharu di China_fororder_kereta1

Pameran automobil antarabangsa Beijing 2020 yang dijadualkan berlangsung selama 10 hari akan dibuka kepada kunjungan awam esok.

Pada kali ini, dilaporkan sebanyak 160 kenderaan tenaga baharu akan dipamerkan yang turut mencerminkan industri kenderaan tenaga baharu di China mengalami pembangunan pusingan baharu bertaraf tinggi.

Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Volkswagen China, Stephan Wöllenstein menyatakan, menjelang akhir 2024, kumpulan Volkswagen bersama-sama syarikat usaha sama akan memperuntukkan 15 bilion dolar Euro dalam bidang kenderaan tenaga elektrik di China.

Pembangunan Pesat Automobil Tenaga Baharu di China_fororder_kereta3

Selain Volkswagen, syarikat pembuat kenderaan antarabangsa yang terkenal giat meneroka pasaran kenderaan tenaga elektrik di China.

Dilaporkan bahawa, Land Rover akan mempamerkan produk tenaga baharu yang pertama, sementara Bentley merancang mengeluarkan kenderaan tenaga elektrik menjelang 2026 dan Audi pula akan mengedarkan 20 jenis kenderaan tenaga elektrik menjelang 2025 selain memperkasakan kerjasama dengan syarikat China. 

覃淼