Pengguna Internet China Catat 940 Juta

2020-09-30 14:16:11  CRI
Share with:

Setakat bulan Jun lalu, jumlah pengguna internet China mencatat 940 juta orang, iaitu menempati 67.0% populasi keseluruhan, sedangkan 99.2% pengguna internet adalah melalui telefon bimbit, dengan mencatat  932 juta orang.

Menurut Laporan Statistik tentang Situasi Pembangunan Internet di China ke-46 yang dikeluarkan Pusat Maklumat Rangkaian Internet China (CNNIC) di Beijing semalam, China telah menjadi pasaran jualan runcit dalam talian yang paling besar di dunia untuk tujuh tahun berturut-turut sejak tahun 2013. Setakat penghujung bulan Jun lalu, 79.7% pengguna Internet pernah menjadi pembeli dalam talian di China, dengan jumlahnya mencatat 749 juta orang.

Pasaran pembayaran dalam talian China pula menduduki tempat pertama di dunia untuk tiga tahun berturut-turut.

 

曹捷