Xi Hubungi Presiden Vietnam

2020-09-30 14:19:19  CRI
Share with:

Presiden China, Xi Jinping menghubungi rakan sejawatnya dari Vietnam, Nguyen Phu Trong menerusi telefon.

Xi berkata, dalam perjuangan melawan wabak COVID-19, China dan Vietnam saling menyokong dan membantu. China mementingkan kerjasama dalam pengeluaran vaksin dan sudi memberi keutamaan kepada negara membangun dalam pembekalan vaksin berkenaan. China yang menentang wabak terbabit dipolitikkan dan dilabel dengan stigma, bersedia mendorong pembentukan komuniti kesihatan berkongsi nasib sesama insan.

Beliau menambah, berhadapan perubahan besar situasi dunia, China dan Vietnam diharap mempertahankan pimpinan Parti Komunis dan sistem sosialis, mendorong kerjasama pragmatik bilateral pasca wabak, memperkukuh persahabatan negara dan rakyat, serta memelihara multilateralisme dan keadilan dalam masyarakat antarabangsa.

Nguyen Phu Trong mengucapkan tahniah atas ulang tahun ke-71 Republik Rakyat China, dan menilai tinggi hasilan tercapai China dalam usaha melawan wabak dan mendorong pembangunan sosioekonomi.

高蕾