Xi Hubungi Presiden Argentina

2020-09-30 14:20:06  CRI
Share with:

Presiden China, Xi Jinping menghubungi rakan sejawatnya dari Argentina, Alberto Fernandez menerusi telefon malam semalam.

Xi berkata, China giat meningkatkan keterbukaan yang dipercayai akan menyediakan pasaran yang luas dan peluang pembangunan kepada pelbagai negara termasuk Argentina. Kedua-dua pihak diharap melaksanakan projek mega yang sedia ada, meneroka bidang kerjasama baharu, dan merancakkan pertukaran sosiobudaya, agar menggalakkan perkembangan perkongsian rakan strategik komprehensif.

Tambah beliau, China bersedia mengintensifkan interaksi dan penyelarasan dengan Argentina dalam kerangka pelbagai hala termasuk Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB), Kumpulan 20 (G20) dan Pertubuhan Perdagangan Dunia (WTO), bersama-sama menyokong multilateralisme, membentuk ekonomi dunia yang terbuka dan inklusif, serta melaksanakan pembangunan hijau, karbon rendah dan lestari.

Fernandez mengucapkan 'Selamat Hari Kebangsaan' kepada rakyat China. Pihaknya berharap memperkasakan kerjasama dengan China dalam bidang perdagangan, pelaburan, prasarana dan kewangan serta pembangunan yang melibatkan Inisiatif Jalur dan Laluan (BRI).

高蕾