Xi: Galak Kesamarataan Jantina, Tingkatkan Kerjasama Wanita Global

2020-10-02 11:42:39  CRI
Share with:

         Xi: Galak Kesamarataan Jantina, Tingkatkan Kerjasama Wanita Global_fororder_xi11

Presiden China, Xi Jinping menyampaikan ucapan melalui video dalam mesyuarat peringkat tinggi Perhimpungan Agung Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) untuk memperingati ulang tahun ke-25 Perhimpunan Wanita Antarabangsa Keempat semalam.

 

图片默认标题_fororder_xi22

Xi menyatakan bahawa kaum wanita merupakan pengasas tamadun manusia dan pendorong kemajuan masyarakat, mereka telah mencipta kejayaan yang cemerlang dalam pelbagai bidang. Dalam perjuangan melawan pandemik COVID-19, petugas kesihatan, ahli sains, kakitangan komuniti dan sukarelawan kaum wanita bertungkus-lumus berjuang di barisan hadapan untuk menjaga keselamatan nyawa dan kesihatan rakyat.  

 

Xi turut mengemukakan empat cadangan iaitu membantu kaum wanita mengatasi wabak COVID-19, mewujudkan kesamarataan jantina, menggalakkan kaum wanita di barisan depan arus sezaman, dan meningkatkan kerjasama wanita global.

 

Tegas beliau, kesamarataan jantina ialah dasar asas China. Negara ini telah menggubal lebih 100 undang-undang dan peraturan untuk menjamin hak dan kepentingan kaum wanita. Sekarang, kaum wanita telah menduduki lebih 40% daripada jumlah pos kerja di negara ini.  China juga mengesyorkan untuk mengadakan sidang kemuncak wanita global pada tahun 2025.

 

  

胡星