Semangat Juang, Kunci Tewaskan Wabak

2020-10-10 20:40:00  CRI
Share with:

Semangat sehati sejiwa berjuang dengan memegang prinsip mendahulukan nyawa rakyat dan menghormati ilmu sains, kunci kejayaan China dalam menewaskan pandemik COVID-19. 

Demikian respons jurucakap Kementerian Luar, Hua Chunying susulan tuduhan tidak berasas dilemparkan oleh pemimpin Amerika Syarikat (AS) yang menyasarkan usaha China melawan wabak COVID-19.

Dalam pada itu, Hua memaklumkan bahawa hampir 700 juta rakyat keluar rumah untuk menziarahi saudara-mara dan sahabat handai atau melancong ke tempat lain dalam tempoh cuti panjang sempena sambutan Hari Kebangsaan dan Pesta Kuih Bulan yang baru berlalu.

Menurut data platform penggunaan aplikasi Alipay, jumlah transaks imenerusi Alipay di pelbagai emporium di dalam negeri semasa cuti panjang itu melonjak hampir 250% berbanding September.

Justeru katanya, ia sekali gus menunjukkan bukti jelas bahawa China telah Berjaya mengawal penularan COVID-19 pada masa ini.

周乔西