Di Manakah Hati Nurani Politikus AS

2020-10-11 14:01:08  CRI
Share with:

Dalam tempoh seminggu lalu, jumlah kes baharu jangkitan COVID-19 di Amerika Syarikat (AS) melebihi 46 ribu setiap hari secera puratanya, meningkat 12% berbanding kadar purata pada dua minggu lalu. Malah Rumah Putih dan Pentagon juga dilaporkan terperangkap dalam penularan COVID-19. Ini adalah hasil daripada politikus AS yang menjeret leher sendiri yang sejak sekian lama meletakkan politik di atas sains dan kepentingan diri di atas nyawa rakyat, dan juga membuktikan lagi bahawa dasar pencegahan wabak mereka seratus-peratus gagal. Jurnal berwibawa antarabangsa The New England Journal of Medicine menyiarkan satu rencana yang bertajuk “Dying in the Leadership Vacuum” pada 8 Oktober lalu, yang menyatakan bahawa krisis wabak merupakan ujian terhadap kemampuan pimpinan AS yang kemudian terbukti tidak lulus, malah para politikus AS mengubahkan krisis ini kepada satu tragedi. Pada hari yang sama, mantan pegawai Institut Kesihatan Nasional (NIH) AS, Rick Bright menyiarkan satu artikel dalam Washington Post untuk mengkritik kerajaannya mempolitikkan wabak sehingga beribu-ribu orang AS diragut nyawa ekoran jangkitan COVID-19.

Hakikatnya, ketika meninjau kembali proses pencegahan wabak di AS dalam tempoh lebih setengah tahun lalu, diketahui umum bahawa kepentingan diri dalam sektor politik sentiasa diutamakan dalam langkah pencegahan wabak kerajaan AS, manakala yang selalu diambil kira itu bukan sains dan kebenaran melainkan kebohongan dan maklumat palsu. Inilah sebab yang sebenar yang mengakibatkan lebih 210 orang maut dan 7.6 juta orang dijangkiti COVID-19 di negara itu. Sejak permulaan hingga sekarang, pihak berkuasa AS sentiasa memilih meringankan krisis wabak COVID-19, menyembunikan kebenaran, menyiarkan maklumat palsu dan mengambinghitamkan Pertubuhan Kesihatan Dunia (WHO) dan China bahkan negara sekutunya, seolah-olah mahu membuat seluruh dunia memikul tanggungjawab terhadap kegagalannya dalam membendung wabak.   

Justeru, masa yang paling buruk bagi rakyat AS masih belum tiba. Pakar penyakit berjangkit AS, Anthony Fauci mengeluarkan amaran bahawa jika langkah pencegahan tidak dijalankan dengan baik pada musim gugur dan musim sejuk ini, kes kematian di AS mungkin akan mencatat 400 ribu. Rick Bright juga menunjukkan bahawa AS sedang secara membabi buta memasuki musim sejuk yang paling buruk pada zaman ini. Maka, kita terpaksa bertanya  adakah politikus AS benar-benar ingin menyaksikan lebih banyak nyawa yang tidak berdosa melayang? Adakah mereka benar-benar ingin menjadikan malapetaka ini sebagai apa yang disebut "pembunuhan yang disetujui negara" dalam liputan Washington Post?  

曹捷