Xi Tinjau Inovasi Syarikat di Guangdong

2020-10-13 13:08:18  CRI
Share with:

Xi Tinjau Inovasi Syarikat di Guangdong_fororder_sanhuan1

Xi Tinjau Inovasi Syarikat di Guangdong_fororder_sanhuan2

Presiden Xi Jinping yang sedang membuat tinjauan di provinsi Guangdong, mengunjungi Kumpulan Sanhuan (Three-Circle Group Co., Ltd.) di bandar Chaozhou petang semalam untuk melihat usaha inovasi, pengeluaran dan operasi syarikat tersebut.

Kumpulan Sanhuan yang ditubuhkan pada 1970 merupakan pengeluar komponen elektronik dan peranti komunikasi berprestij yang urus niaganya meliputi bidang telefon bimbit, telekomunikasi, mesin, alat elektrik dan tenaga alternatif.

Xi Tinjau Inovasi Syarikat di Guangdong_fororder_sanhuan3

Syarikat itu sentiasa mengutamakan usaha inovasi dan pembangunan teknologi secara berdikari, dan berjaya mengeluarkan sejumlah besar produk yang unggul dan berdaya saing sejak ia ditubuhkan.

Untuk rekod, lebih 30 jenis produk keluaran syarikat itu telah memperoleh hadiah emas peringkat kebangsaan.

 

董筱娉