Pembaharuan dan Keterbukaan China Bawa Faedah kepada Dunia

2020-10-15 14:54:40  CRI
Share with:

Pembaharuan dan Keterbukaan China Bawa Faedah kepada Dunia_fororder_ruiping1

"Antara lebih 4,000 zon ekonomi khas (SEZ) di dunia, Shenzhen tampil sebagai teladan yang paling cemerlang." Demikian komen oleh majalah The Economist Britain.

Dalam majlis sambutan ulang tahun ke-40 penubuhan SEZ Shenzhen yang diadakan semalam, Presiden Xi Jinping menyampaikan ucapan dan mengisytiharkan keazaman China untuk memperkasakan pembaharuan dan keterbukaan serta berkongsi lebih banyak manfaat daripada pembangunan negara ini dengan dunia.

Pembaharuan dan Keterbukaan China Bawa Faedah kepada Dunia_fororder_ruiping2

Sebagai satu gambaran sosialisme bercirikan China, bandar Shenzhen, yang dahulunya sebuah kampung nelayan kecil, kini telah menjadi sebuah kota metropolitan melalui pembangunan sepanjang empat dekad lalu. Keluaran Dalam Negara Kasar bandar itu meningkat daripada RMB270 juta (RMB169.83 juta) pada tahun 1980 kepada RMB2.7 trilion (RM1.7 trilon ) pada tahun 2019, meningkat 20.7% secara purata setiap tahun. Manakala jumlah pendapatan boleh guna per kapita Shenzhen mencapai RMB62.5 ribu, meningkat 31.6 kali ganda berbanding tahun 1985. Angka-angka yang membanggakan ini membuktikan, strategi kerajaan untuk menubuhkan SEZ adalah betul dan pembangunan bandar itu harus diperkasakan.

Pembaharuan dan Keterbukaan China Bawa Faedah kepada Dunia_fororder_ruiping3

Presiden Xi dalam ucapannya menegaskan, pembangunan harus diutamakan, manakala tenaga profesional merupakan sumber pertama dan inovasi merupakan penggerak terpenting. Bandar Shenzhen dipercayai menyediakan lebih banyak pengalaman kepada kawasan lain di China bagi menggalakkan pembanungan dan keterbukaan bermutu tinggi.

胡星