Tibet Basmi Kemiskinan Mutlak

2020-10-16 14:38:33  CRI
Share with:

Setiausaha Jawatankuasa Parti Komunis China (PKC) bagi Wilayah Autonomi Tibet, China, Wu Yingjie menyatakan, wilayah itu telah berjaya membasmi kemiskinan mutlak secara menyeluruh.

Dalam sidang media Pejabat Penerangan Dewan Negara yang diadakan di Lhasa semalam, Wu Yingjie menyatakan bahawa sebelum tahun 2015, kesemua 74 kaunti di Tibet ialah kaunti miskin peringkat negara. Sehingga akhir 2019, kesemua 74 kaunti tersebut mengatasi kemiskinan dengan 628 ribu orang penduduk berjaya keluar dari belenggu kemiskinan. Pendapatan per kapita penduduk miskin meningkat daripada RMB1,499 (RM881) setahun pada tahun 2015 kepada RMB9,328 (RM5,487) pada tahun 2019.

徐国玮