Tempahan Ruang Pameran CIIE Siap

2020-10-16 15:04:31  CRI
Share with:

Kementerian Perdagangan China mengesahkan tempahan ruang pameran Ekspo Import Antarabangsa China (CIIE) ketiga hampir siap sepenuhnya dengan penyertaan banyak syarikat luar negeri.

Jurucakap kementerian itu, Gao Feng dalam sidang media semalam memaklumkan, CIIE kali ini menawarkan enam ruang pameran utama yang merangkumi barang makanan, hasil pertanian, automobil, kelengkapan teknologi, alat perubatan dan perdagangan perkhidmatan sehingga menarik kehadiran syarikat-syarikat dalam kalangan 500 syarikat terunggul di dunia.

Menurut Gao, beberapa perkhidmatan CIIE sudah mula beroperasi, antaranya termasuk bantuan pelepasan kastam ke atas barang pameran, tawaran khidmat katering dan jurubahasa.

周乔西