Li Utus Kawat Tahniah kepada ICDPSO

2020-10-16 13:37:31  CRI
Share with:

Perdana Menteri China, Li Keqiang mengutus surat tahniah kepada Pertubuhan Pencegahan dan Penyelesaian Perselisihan Komersial Antarabangsa (ICDPSO) yang ditubuhkan di Beijing semalam.

Li Keqiang menyatakan, kerajaan  China mempergiat pembinaan iklim perniagaan yang berorientasikan pasaran, perundangan dan pengantarabangsaan untuk memelihara persaingan adil. Pelbagai pihak diharap memanfaatkan pertubuhan tersebut untuk memeliharan hak dan kepentingan pihak-pihak terlibat dan menggalakkan kebebasan dan kemudahan pelaburan dan perdagangan.

Penubuhan pertubuhan tersebut dianjurkan oleh jabatan perindustrian dan undang-undang dari lebih 40 negara dan wilayah. Misinya untuk menyediakan perkhidmatan kepada pedagang antarabangsa dalam pencegahan dan penyelesaian perselisihan komersial.

胡星