Pengalaman China, Teladan Dunia

2020-10-17 15:56:05  CRI
Share with:

17 Oktober merupakan Hari Bantuan Kemiskinan China, dan juga Hari Membasmi Kemiskinan Antarabangsa. Menurut statistik Bank Dunia (WB), sejak dasar pembaharuan dan pintu terbuka dilaksanakan di China lebih 40 tahun yang lalu, lebih 800 juta penduduk negara ini berjaya keluar dari belenggu kemiskinan, menduduki lebih 70% daripada jumlah seluruh di dunia. China akan merealisasikan matlamat mengurangkan kemiskinan dalam Agenda Pembangunan Mampan 2030 Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) 10 tahun lebih awal, dan menyumbang kepada usaha pembasminan kemiskinan dunia.

Presiden China, Xi Jinping ketika menyampaikan ucaptama dalam Forum Kemuncnak Pembasmian Kemiskinan dan Pembangunan 2015 menyatakan, pembangunan merupakan kaedah asas bagi membasmi kemiskinan. Pertumbuhan ekonomi China yang pesat telah menyediakan banyak peluang pekerjaan, dan ini bukan sahaja melonjakkan pendapatan penduduk, tetapi juga membentuk pasaran penggunaan domestik yang raksasa, di samping memdorong usaha membasmi kemiskinan. Dalam pada itu, sains, teknologi dan inovasi menjadi penggerak penting bagi usaha pembasmian kemiskinan di negara ini, khusunya ekonomi digital. Pengalaman China yang berjaya tersebut boleh dikongsikan dengan seluruh dunia.

Menurut ramalan PBB, matlamat membasmi kemiskinan dalam Agenda Pembangunan Mampan 2030 sukar dicapai disebabkan penularan pandemik COVID-19. Pada masa sukar ini, pengalaman China dan kerjasama negara ini dengan luar dianggap amat bernilai. China akan terus menggalakkan pemulihan ekonomi dunia, meningkat kerjasama antarabangsa agar menyumbang kepada usaha pembasmian kemiskinan dunia.

胡星