"Diplomasi Paksa" akan Jerumuskan Politikus ke Isolusi Ekstrem

2020-10-17 14:59:40  CRI
Share with:

Akhbar Yomiuri Shinbun Jepun semalam melaporkan, Jepun telah memaklumkan Amerika Syarikat (AS) bahawa pihaknya tidak akan melibatkan diri dalam pelan  mengecualikan syarikat China daripada jaringan telekomunikasi. Dalam pada itu, pegawai Korea Selatan turut menolak tuntutan Washington untuk menyingkirkan syarikat Huawei daripada jaringan 5G di negara itu. Ini membuktikan bahawa "diplomasi paksa" sudah tentu akan gagal pada zaman globalisasi yang menjunjung multilateralisme dan situasi menang-menang.

Setiausaha Negara AS, Mike Pompeo sentiasa menabur fitnah ke atas China dalam lawatannya ke Eropah, Asia Barat atau Amerika Latin dalam tempoh setahun ini. Walau bagaimana pun kebanyakan negara membuat pilihan objektif dan rasional.  Misalnya Pesuruhjaya Tinggi Kesatuan Eropah (EU) atas Dasar Luar dan Keselamatan, Josep Borrell Fontelles menyatakan bahawa pihaknya tidak akan "bersama AS menentang China" berdasarkan kepentingan dan konsep nilai sendiri.

Selain mencari sekutu menyekat China, AS juga memaksa negara-negara lain mengikuti kehendaknya dalam pelbagai topik lain, termasuk negara sekutunya. Contohnya AS hendak menghancurkan projek kerjasama Nord Stream 2 antara Jerman dengan Rusia, dengan tidak menghiraukan kepentingan Jerman, negara sekutunya. Dalam masalah sekatan ke atas Iran dan Venezuela pula, Washington telah melakukan "diplomasi paksa" ke atas beberapa negara berkaitan.

Negara berdaulat tak kira besar atau kecil, kuat atau lemah, adalah sama rata di sisi undang-undang antarabangsa. Tiada negara mahu dikenakan tindakan paksa. Lebih banyak negara menyedari bahawa pertikaian antara China dengan AS ialah masalah mengekalkan multilateralisme atau unilateralisme, mahu kerjasama menang-menang atau permainan campur-tolak. Sebagaimana yang dinyatakan dalam rencana AFP, kerajaan AS akan terjerumus ke dalam isolusi ekstrem.

覃淼